BLACK LIVES MATTER

Apa yang sedang terjadi? Mengapakah kita perlu bantu? Bagaimana kita boleh bantu?

Pada May 25, George Floyd, 46, seorang lelaki berkulit hitam telah dibunuh. Beliau telah pergi ke sebuah kedai di Minneapolis, Minnesota, USA. Apabila beliau membuat bayaran, cashier tersebut beranggap bahawa wang berjumlah 20 dollars yang diberikan itu merupakan wang palsu. Empat orang polis (Derek Chauvin, J Alexander Keung, Tou Thao, Thomas K. Lane) telah menangkap Floyd. Chauvin menekan Floyd ke lantai dan menggunakan lututnya untuk menekan lehernya selama lapan minit. Floyd merayu supaya dilepaskan kerana beliau tidak dapat bernafas tetapi Chauvin tidak mengendahkannya. Selepas lapan minit, Floyd kesesakan nafas dan meninggal dunia.

Sebelum ini, Chauvin dan Floyd pernah bekerja di tempat yang sama. Chauvin pernah didakwa sebanyak 18 kali kerana menggunakan kekerasan yang melampau. Dia juga pernah menembak seorang lelaki berkulit hitam dan seorang Native American sebelum ini. Pembunuhan Floyd telah dilakukan secara sengaja. Namun begitu, Chauvin telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman third-degree sahaja. Tiga lagi polis yang lain tidak dihukum. Pada masa yang sama, setiap pihak polis yang pernah mencederakan orang berkulit hitam tidak dijatuhkan hukuman.

Berikut adalah senarai nama orang berkulit hitam yang telah dibunuh oleh polis. Mereka tidak membawa sebarang senjata apabila dibunuh. Pada tahun 2015, pihak polis telah membunuh lebih daripada 100 orang berkulit hitam yang tidak bersenjata. Kadar pembunuhan orang berkulit hitam adalah lima kali lebih tinggi daripada orang berkulit putih.

Kita perlulah sama-sama bantu untuk mengatasi diskriminasi terhadap orang berkulit hitam. Tiada sesiapa di dunia yang perlu hidup dalam ketakutan kerana warna kulit mereka.

Bagaimana anda boleh bantu:

( Made with Carrd )